Bengkel pemantapan komunikasi ini diadakan pada 4/5/2009 - 5/5/2009. bengkel ini diadakan bertujuan untuk mencari pelapis Pendakwah muda bagi memenuhi permintaan masyarakat setempat. diharapkan bengkel seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang bagi melahirkan para dai'e yang berilmu.sekian..
Ustaz Badli Shah menyampaikan cenderemata kepada Dato' Pengarah
Dato' Pengarah merasmikan Kem Pembangunan Sahsiah dan Jati Diri Sekolah Agama Pahang
Generasi muda merupakan generasi yang akan menjadi pemimpin dalam memperjuangkan dan mempertahankan Negara serta bergerak sebagai pengerak kepada perancangan Negara.Kesediaan muda dalam menghadapi cabaran-cabaran sebagai dalam memantapkan kedudukan generasi masyarakat depan adalah elemen penting bagi mencapai wawasan negara iaitu Wawasan 2020. Justeru itu KEM PEMBANGGUNAN SASIAH & JATI DIRI 2009 ini disusun dan diatur secara khusus yang meliputi aspek fizikal, mental, dan kerohanian untuk menentukan lahirnya generasi muda yang bersemangat waja.
Dengan adanya kem sebegini ia dapat membina minda dan kesedaran erti kehidupan sebenar untuk membolehkan mereka meningkatkan dan mengekalkan semangat cintakan Negara.Ia juga dapat melahirkan peserta yang aktif serta mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.
Kem ini juga mendedahkan peserta kepada semangat cintakan negara tanpa mengira kaum serta menghayati erti kemerdekaan yang dikecapi hari ini…
Jabatan Agama Islam Negeri Pahang Darul Makmur (JAIP) adalah salah sebuah dari Jabatan/Pejabat Kerajaan Negeri di Negeri Pahang Darul Makmur dan beribu pejabat di Pekan .
Jabatan Agama Islam Negeri Pahang ditubuhkan pada tahun 1926, dikenali dengan nama Majlis Anggota Islam. Pada masa itu pengurusannya terletak di bawah tanggungjawab Tengku Besar Pahang, Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad dilantik sebagai ketuanya yang pertama. Ia mula beroperasi di sebuah bangunan kayu yang kecil berhampiran dengan tempat kediaman Al-Marhum. Kemudian pejabatnya dipindahkan ke Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sehingga akhir tahun 1951, seterusnya ia dipindahkan pula ke Balai Hinggap di pinggir sungai di Pekan Lama, Pekan.
Pada 25 Mei 1973, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang telah dengan rasminya ditempatkan di bangunan sekarang ini.