Jabatan Agama Islam Pahang

Jabatan Agama Islam Pahang
JAIP

Wednesday, May 13, 2009

KEM PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN JATI DIRI SEKOLAH AGAMA PAHANG

Para peserta bergambar bersama Dato' Pengarah

Dato' Pengarah memeriksa perbarisan

Para pelajar sedang menerima taklimat


Ustaz Badli Shah menyampaikan cenderemata kepada Dato' Pengarah




Dato' Pengarah merasmikan Kem Pembangunan Sahsiah
dan Jati Diri Sekolah Agama Pahang


Generasi muda merupakan generasi yang akan menjadi pemimpin dalam memperjuangkan dan mempertahankan Negara serta bergerak sebagai pengerak kepada perancangan Negara.Kesediaan muda dalam menghadapi cabaran-cabaran sebagai dalam memantapkan kedudukan generasi masyarakat depan adalah elemen penting bagi mencapai wawasan negara iaitu Wawasan 2020.

Justeru itu KEM PEMBANGGUNAN SASIAH & JATI DIRI 2009 ini disusun dan diatur secara khusus yang meliputi aspek fizikal, mental, dan kerohanian untuk menentukan lahirnya generasi muda yang bersemangat waja.

Dengan adanya kem sebegini ia dapat membina minda dan kesedaran erti kehidupan sebenar untuk membolehkan mereka meningkatkan dan mengekalkan semangat cintakan Negara.Ia juga dapat melahirkan peserta yang aktif serta mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.

Kem ini juga mendedahkan peserta kepada semangat cintakan negara tanpa mengira kaum serta menghayati erti kemerdekaan yang dikecapi hari ini…